Bagi wanita, keadaan kulit wajah yang kusam dan berminyak boleh menjadi punca krisis dalam diri. Krisis yang boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang dan mencacatkan penampilan.

Kini masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan rangkaian produk Nanowhite Fresh yang diformulasi khas untuk kulit berminyak, diperkaya dengan vitamin C, minyak tea tree dan alga laut yang bertindak mencerah, mengawal jeragat, memudarkan bintik hitam serta mengekalkan kelembapan kulit.

Pembersih muka­nya membersih secara mendalam sambil mencerahkan kulit. Ia turut membantu menanggalkan sel kulit mati disamping membersihkan kekotoran dan lebihan minyak.

Manakala Nanowhite Fresh Mattifying Moisturiser yang mempunyai tekstur ringan dan

cepat meresap ke dalam kulit membantu melembapkan serta mencerahkan kulit kusam dan ton tidak sekata. Ia juga membantu mengawal pengeluaran sebum (minyak berlebihan) yang secara tidak langsung mengurangkan masalah kulit berminyak dan jerawat.

Untuk mengurangkan kesan cela atau tompok hitam pada wajah, bolehlah mengoleskan Nanowhite Dark Spot Corrector.

Rangkaian produk baru ini sesuai untuk remaja dan dijual pada harga berpatutan dari RM8.50 hingga RM21.50 di semua farmasi dan pasar raya terkemuka seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 2:54 PM