Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) bersama Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi (kanan) menerima buku modul Pra Tahfiz pada majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat KEMAS Negeri Terengganu Universiti Malaysia Terengganu (UMT). FOTO GHAZALI KORI
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) bersama Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi (kanan) menerima buku modul Pra Tahfiz pada majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat KEMAS Negeri Terengganu Universiti Malaysia Terengganu (UMT). FOTO GHAZALI KORI
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Nerus: Semua ketua parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan diminta menyelesaikan sebarang isu yang dibangkitkan ahli termasuk yang bercanggah dengan keputusan dibuat oleh kerajaan.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pucuk pimpinan tidak pernah menghalang ahli dan pemimpin parti untuk memberi sebarang pandangan atau mengkritik kerajaan sedia ada.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang pandangan seharusnya disalurkan secara dalaman bagi mencari jalan penyelesaian kepada setiap percanggahan atau perbezaan yang dibangkitkan.

"Saya minta ketua parti masing-masing selesaikan masalah itu jika ada di kalangan ahli-ahli Parlimen yang bercanggah pendirian dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

"Saya yakin masalah tersebut boleh disantuni. Perbezaan pandangan itu biasa tetapi apabila parti membuat keputusan ia harus diikuti, itu pendirian kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sini, hari ini.

Ketika ditanya adakah budaya itu sihat atau sebaliknya, Ahmad Zahid berkata, kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menghalang mana-mana ahli atau wakil rakyat memberikan sebarang pandangan.

"Kalau berbeza pendapat, kita mengkritik, biar ada saluran dan cara dalaman itu yang sebaik-baiknya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 5:14 PM