Ribuan umat Islam memenuhi Masjid Putra hari ini untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
Ribuan umat Islam memenuhi Masjid Putra hari ini untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aidilfitri disambut meriah di seluruh negara dengan masjid dan surau menjadi tumpuan umat Islam bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi ini sebelum meneruskan tradisi kunjung mengunjung.

Di KUALA LUMPUR, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.

Turut serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Jemaah Menteri beragama Islam.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama di Istana Negara hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama di Istana Negara hari ini.

Di PERLIS, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 1,200 jemaah di Dataran Istiadat, Istana Arau yang diimamkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, anakanda-anakanda baginda berdua selain Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat, Istana Arau hari ini. FOTO BERNAMA
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat, Istana Arau hari ini. FOTO BERNAMA

Di KEDAH, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bersama Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir di sini.

Turut bersama lebih 3,000 jemaah ialah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Di PAHANG, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah, Temerloh.

Turut serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Di JOHOR, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bersama lebih 1,000 jemaah.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail (kanan) berkenan bersalaman bersama jemaah yang selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar hari ini. FOTO BERNAMA
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail (kanan) berkenan bersalaman bersama jemaah yang selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar hari ini. FOTO BERNAMA

Di TERENGGANU, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta empat anakanda berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Turut serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan mendengar khutbah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang hari ini.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan mendengar khutbah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang hari ini.

Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat tiba bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, hari ini. FOTO BERNAMA
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat tiba bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, hari ini. FOTO BERNAMA

I

Di KELANTAN, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berangkat menyertai ribuan jemaah bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

engku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra (tiga, kiri) berkenan mendengar khutbah solat sunat Aidilfitri yang disampaikan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad di Masjid Muhammadi hari ini.

Di SELANGOR, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.

Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), hari ini.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), hari ini.

Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Azim, Bukit Palah.

Turut serta Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah bersama lebih 1,000 jemaah. Turut serta Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah) berkenan bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Eksekutif Abdul Rahman Ibrahim di Masjid Diraja Tuanku Munawir, hari ini. FOTO BERNAMA

Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 5,000 umat Islam di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bertakbir dan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO BERNAMA
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bertakbir dan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO BERNAMA

Di SABAH, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 umat Islam di Masjid Negeri, Kota Kinabalu. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan beberapa anggota Kabinet Negeri.

Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersalaman orang ramai ketika hadir sembahyang Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu hari ini. FOTO BERNAMA

Di SARAWAK, Yang Dipertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama ribuan umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri di Petra Jaya.

Di PUTRAJAYA, tinjauan Bernama mendapati ribuan jemaah mula berkumpul di Masjid Putra seawal 7.30 pagi untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri manakala di LABUAN, Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman menyertai lebih 1,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tanjung Aru.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2024 @ 1:23 PM