Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib terbabit dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat sini, apabila kereta dinaikinya bersama keluarga terbabas, semalam. FOTO IHSAN PEJABAT YB
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib terbabit dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat sini, apabila kereta dinaikinya bersama keluarga terbabas, semalam. FOTO IHSAN PEJABAT YB
Mohamed Farid Noh


Mersing: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Endau, Alwiyah Talib terbabit kemalangan di Kilometer 28 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat sini, apabila kereta dinaikinya bersama keluarga terbabas, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, Alawiyah mengalami kecederaan di dagu dan mulut, dan menerima 19 jahitan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu.

"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena yang dinaiki Alwiyah bersama enam ahli keluarga.

"Kenderaan dipandu oleh suami Alwiyah dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing dipercayai hilang kawalan di lokasi, lalu terbabas ke tepi jalan.

"Akibat kemalangan, Alwiyah mengalami kecederaan di dagu dan mulut, menerima 19 jahitan selepas mendapat rawatan di Hospital Mersing. Namun, mangsa yang lain tidak cedera," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Razak, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2024 @ 9:37 AM