GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Shah Alam: Anggota polis yang dipukul hingga maut dua hari lalu, berada di pangsapuri di Taman Impian Indah Kajang dipercayai untuk menziarahi ahli keluarganya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati anggota yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur itu tinggal di Kuarters Polis Sungai Besi dan sebelum menziarahi ahli keluarganya, dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dan isteri.

"Tiada sebarang senjata dijumpai di lokasi kejadian dan orang awam yang mempunyai maklumat serta melihat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-217 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Semalam, lima lelaki berusia 19 hingga 23 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2024 @ 3:25 PM