Kereta yang mengalami kerosakan selepas hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kereta lain di  Kilometer 4.9 Jalan Genting Highlands. FOTO IHSAN PDRM
Kereta yang mengalami kerosakan selepas hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kereta lain di Kilometer 4.9 Jalan Genting Highlands. FOTO IHSAN PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Genting Highlands: Hilang kawalan di selekoh kiri menyebabkan sebuah kereta terbabas di Kilometer 4.9 Jalan Genting Highlands, di sini sebelum melanggar kereta lain di laluan bertentangan.

Kejadian berlaku awal pagi semalam itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan berlaku pada 1.10 pagi, dengan siasatan mendapati ia berpunca daripada kereta jenis Nissan dipandu lelaki 39 tahun dari arah Goh Tong Jaya menghala ke Genting Highlands.

"Apabila tiba di selekoh kiri, kenderaan itu hilang kawalan, terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan kereta lain.

"Kesemua mangsa tidak cedera dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2024 @ 8:37 PM