Anggota bomba memadamkan kebakaran pada kereta dan bangkai ular sawa. - Foto ihsan Bomba Bentong
Anggota bomba memadamkan kebakaran pada kereta dan bangkai ular sawa. - Foto ihsan Bomba Bentong
Nadzreen Shah Mat Salim


Genting Highlands: Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghadiri seminar di Genting Highlands di sini, terselamat walaupun kereta dipandunya musnah terbakar selepas melanggar seekor ular sawa yang melintas jalan menyebabkan keretanya terbabas merempuh tebing longkang.

Ular sawa berkenaan yang turut terbakar, mati di tempat kejadian.

Menurut anggota Unit Bantuan Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Shukor Hashim, kejadian berlaku pada 8.50 pagi di Kilometer 0.5 menuju Genting Highlands berhampiran pos kawalan keselamatan 1.

“Kereta Proton Persona dipandu mangsa berusia 29 tahun itu terbabas ketika cuba mengelak ular sawa yang melintas jalan.

"Keretanya melanggar batu sempadan jalan sebelum terbakar," katanya.

Mangsa bagaimanapun, terselamat dengan hanya cedera ringan kerana sempat keluar sebelum keretanya musnah terbakar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 2:53 PM