Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Genting Highlands: Pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas terjatuh daripada tingkat dua bangunan pangsapuri di Genting Plant Goh Tong Permai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu mangsa, Awlad Hossan, 45, dikatakan terjatuh daripada ketinggian 30 meter ketika sedang melakukan kerja pembinaan di bangunan pangsapuri itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusry Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.26 pagi untuk melakukan kerja mengangkat mayat yang ditemui di kawasan saliran perparitan.

"Kerja mengangkat dan membawa naik mangsa mengambil masa lebih satu jam sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Difahamkan mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 5:19 PM