Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) Mohamad 32, Sufian Alwi, kri bot nelayan tempatan yang terjatuh ke dalam laut pada kedudukan lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil Mersing Johor lebih kurang 4.10 petang semalam. foto ihsan Maritim Malaysi

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Mersing: Seorang kru bot nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, mangsa dalam kejadian kira-kira 4.10 petang itu dikenali sebagai Mohamad Sufian Alwi, 32.

Katanya, sehubungan itu operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada jam 5 petang semalam.

"Operasi dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Persatuan Nelayan Mersing dan komuniti nelayan setempat," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa kali terakhir dilihat memakai seluar pendek berwarna hijau dan tidak berbaju.

Beliau berkata, kawasan pencarian dipecahkan kepada empat sektor dengan keluasan 74 batu nautika persegi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2024 @ 4:37 PM