Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Tiada unsur jenayah membabitkan insiden kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di Flat Sri Sabah, Cheras di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan awal dijalankan pihak bomba setakat ini tidak menemui unsur jenayah.

"Kalau ada (unsur jenayah) bomba akan maklumkan pada kita. Semua rumah (terbabit) mempunyai penduduk (pemilik) cuma semuanya selamat," katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, enam buah unit kediaman di blok 70 Flat Sri Sabah sedang dijilat api.

Susulan itu, pihak JBPM mengesahkan lima buah rumah musnah 85 peratus sehingga 97 peratus manakala satu lagi berjaya diselamatkan.

JBPM Kuala Lumpur berkata, api berjaya dipadamkan jam 11.22 malam tadi dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.

LAPORAN Harian Metro sebelum ini
LAPORAN Harian Metro sebelum ini

Pasukan khas ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan

Sistem penggera flat awam diperiksa bagi kenal pasti tahap kesediaan

Mangsa kebakaran Flat Sri Sabah ditempatkan sementara di rumah transit

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2024 @ 12:31 PM