ANJING pengesan K9 dibawa untuk mengesan mencari bahan bakar pada rumah yang terbakar di Flat Sri Sabah. FOTO Aizuddin Saad
ANJING pengesan K9 dibawa untuk mengesan mencari bahan bakar pada rumah yang terbakar di Flat Sri Sabah. FOTO Aizuddin Saad
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Dua anjing pengesan (K9), Jim dan Woody dikerah ke lokasi kebakaran Flat Sri Sabah, Cheras, di sini hari ini bagi membantu siasatan.

Tinjauan Harian Metro mendapati, sejak 11 pagi pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah.

Selain K9, mereka turut menggunakan tiga unit dron untuk membantu siasatan dan membuat tinjauan dari udara.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, enam buah unit kediaman di blok 70 Flat Sri Sabah sedang dijilat api.

Susulan itu, pihak JBPM mengesahkan lima buah rumah musnah 85 peratus sehingga 97 peratus manakala satu lagi berjaya diselamatkan.

JBPM Kuala Lumpur berkata, api berjaya dipadamkan jam 11.22 malam tadi dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Berita berkaitan

Mangsa kebakaran Flat Sri Sabah ditempatkan sementara di PPS

Penduduk dakwa ada orang main mercun sebelum kebakaran

'Saya kesal pili bomba rosak, gagal padam kebakaran awal' - mangsa

Terpaksa pam air dari bawah, padam kebakaran

Kenderaan penduduk halang jentera bomba hampiri lokasi kebakaran

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 2:39 PM