TANGKAP layar video tular yang memaparkan sebuah kereta menghalang laluan ambulans
TANGKAP layar video tular yang memaparkan sebuah kereta menghalang laluan ambulans
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Ampang Jaya: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian.

"Bagaimanapun pemilik atau pemandu kereta akan dikesan untuk tindakan lanjut,"katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 40 saat yang memaparkan kereta jenis Toyota Camry itu enggan memberi laluan kepada ambulans walaupun diarahkan berbuat demikian.

Walaupun siren kecemasan dibunyikan ketika kejadian, pelaku yang dirakam memandu laju di lorong kanan enggan memberi laluan kepada kenderaan berkenaan.

Video yang dimuat baik pengguna tik tok Info Semasa berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 10:06 PM