MAYAT Kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam, 6.40 pagi, tadi. FOTO Ihsan Bomba.
MAYAT Kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam, 6.40 pagi, tadi. FOTO Ihsan Bomba.
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Kanak-kanak lelaki dilaporkan jatuh di muara sungai di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas Batu 4, dekat sini, petang semalam, ditemukan lemas pagi ini.

Mayat mangsa, Adwa Iman Muhammad Iswan, 2, ditemukan orang awam kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, pada 6.45 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang ditangguhkan semalam, diteruskan pagi ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Berikutan penemuan itu, operasi SAR ditamatkan pada 7.40 pagi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dikatakan bermain di belakang rumahnya sebelum dipercayai tergelincir ke dalam sungai terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 8:52 AM