GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai jatuh ke dalam muara sungai Kampung Kurnia Jaya, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, Aduha, 8, sedang bermain di belakang rumahnya sebelum dipercayai tergelincir ke dalam muara terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada 5.54 petang dan enam anggota dikejarkan ke lokasi.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan dan sebarang perkembangan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2023 @ 8:43 PM