KEADAAN rumah kongsi yang musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN rumah kongsi yang musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan Bomba
Abdul Rahemang Taiming


Kalabakan: Seorang pekerja ladang kelapa sawit ditemukan rentung selepas sebuah rumah kongsi pekerja di Brumas Estate, dekat sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Kebakaran kira-kira jam 9 pagi itu memusnahkan sebuah blok rumah rumah pekerja berkeluasan hampir satu ekar yang menempatkan tujuh pintu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya hanya menerima panggilan pada 1.50 tengahari berikutan tiada liputan rangkaian komunikasi di lokasi kejadian.

"Mangsa yang rentung dikenali sebagai Sofian Aggel Ibrahim, 52 dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.

Operasi ditamatkan pada 4.31 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mei 2023 @ 8:45 AM