MERCU UEM.
MERCU UEM.
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Program Pembangunan Vendor (PPV) UEM Group Berhad (UEM Group) membantu menaik taraf standard syarikat Bumiputera supaya mampu bertahan dengan cabaran semasa, sekali gus meningkatkan potensi daya saing mereka di peringkat global.

Insiatif PPV UEM Group ini dilaksanakan oleh subsidiari-subsidiari UEM Group, salah satunya ialah UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) yang menyediakan sokongan kepada syarikat Bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan perniagaan, pengurusan kewangan dan kecekapan teknikal.

Pengarah Urusan UEM Group, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, pihaknya menyediakan pelbagai inisiatif sokongan kepada vendor Bumiputera bagi memastikan mereka mencapai tahap prestasi tertinggi perniagaan dan menjadi pemain industri bertaraf global.

"Kami membantu mereka membina kecekapan secara semula jadi, sekali gus membolehkan mereka beralih daripada tahap agak rendah dalam rantaian bekalan seperti perancangan, reka bentuk dan penyelenggaraan kepada bidang tahap yang agak tinggi seperti pengurusan kewangan, sumber manusia, perolehan, bekalan, pembinaan dan pemba- ngunan," katanya.

Pengarah Urusan Cahaya Objektif Sdn Bhd, Yusoff Abu Bakar yang menyertai Program PPV di bawah UEM Edgenta berkata, program berkenaan yang disertainya pada 2021 amat membantu mengubah taraf syarikatnya yang me- nawarkan perkhidmatan penyelenggaraan sivil, ba- ngunan, lebuh raya dan pengurusan trafik sejak 1995.

"Dulu saya zero, orang berniaga, saya pun nak berniaga, tetapi tak ada hala tuju dan operasi pun tradisional.

"Tetapi, apabila sertai program ini, ia membuka minda, memberi pendedahan ilmu dan beri kita peluang teroka banyak per- kara baharu di luar.

"Pengurusan dalam syarikat lebih sistematik dan berstrategi, apa yang kita hendak buat ada kertas kerja dan mendedahkan kami dengan teknologi canggih sekali gus mampu berdaya saing," katanya.

Katanya, tanpa peluang diberikan UEM Edgenta, syarikatnya mungkin mengambil masa lama atau mengalami kesukaran untuk lebih dikenali dalam industri.

"Disebabkan saya fokus

dengan strategi dan sasaran serta ambil cabaran, maka syarikat saya boleh sampai ke tahap ini.

"Dulu kami tak dikenali, tetapi apabila mendapat bimbingan UEM Edgenta selepas menjadi sub kontraktor mereka sejak 1995, maka syarikat saya semakin berkembang.

"Sekarang capital saya RM1 juta setahun pada Kelas G4 berbanding dulu semasa Kelas F nilai capital kami cuma RM100,000," katanya.

Katanya, dia akan menggunakan platform ini untuk mengintai peluang memgembangkan perniagaan ke luar negara terutama pasaran Asia Tenggara.

Pengarah Urusan Synar Setara Resources Sdn Bhd, Azhar Jemani yang turut menyertai Program PPV di bawah UEM Edgenta berkata, program itu membantu usahawan Bumiputera sepertinya mendapatkan latihan dan bimbingan tenaga profesional tanpa mengeluarkan sebarang kos.

"Program ini ajar bagaimana mengukur tahap 'kesihatan' perniagaan kita dan membantu mengenal pasti kelemahan yang perlu ditambah baik.

"Ia juga membuka minda kita keluar dari perniagaan konvensional kepada lebih berdaya saing termasuk menggunakan teknologi.

"Sebelum sertai program ini, syarikat saya sudah 15 tahun di pasaran, tetapi kita tiada struktur dan strategi serta hanya fokus semata-mata kepada teknikal tidak lihat perkara lain seperti kewangan, sumber manusia dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, selepas dibimbing dalam program percuma ini, perancangan strategi syarikatnya lebih tersusun serta meraih manfaat penjenamaanbaik, sekali gus membantu mereka lebih dikenali dalam pasaran.

"Kami laksanakan petunjuk prestasi utama (KPI) di setiap jabatan dan berkongsi misi dan visi syarikat kepada semua lapisan peringkat dalam syarikat.

"Bimbingan dalam PPV juga membantu melonjakkan lagi jualan kami kepada 10 peratus.

"Selain itu, syarikat kami menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) untuk Pembinaan Lima Bangunan FHyICU Secara Serentak Terpantas Semasa Covid-19 dengan tempoh penyiapan 30 hari serta Pembinaan Bangunan FHyICU Terpantas Semasa Covid-19 (26 hari)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 4:00 PM