Remaja lelaki berusia 13 tahun yang direman semalam kerana mengacukan pisau ke arah pemandu e-hailing di tepi jalan Taman Keladi, dibebaskan dengan jaminan polis. FOTO ARKIB NSTP
Remaja lelaki berusia 13 tahun yang direman semalam kerana mengacukan pisau ke arah pemandu e-hailing di tepi jalan Taman Keladi, dibebaskan dengan jaminan polis. FOTO ARKIB NSTP
Oleh Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang direman semalam kerana mengacukan pisau ke arah pemandu e-hailing di tepi jalan Taman Keladi, dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Media semalam melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis kerana mengacu pisau terhadap pemandu berusia 65 tahun hanya kerana tidak berpuas hati dimaki ketika mengambil semula wang tambang.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing terbabit sempat merampas pisau serta menggigit tangan remaja berkenaan untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Remaja itu kemudian ditahan polis pada jam 10 malam iaitu selepas dua jam warga emas itu membuat laporan polis dan suspek direman satu hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2023 @ 1:01 PM