Wanita warga Indonesia nyaris maut selepas terjatuh dari tingkat 10. Foto ihsan Bomba
Wanita warga Indonesia nyaris maut selepas terjatuh dari tingkat 10. Foto ihsan Bomba
Samadi Ahmad


Sepang: Seorang wanita warga Indonesia nyaris maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Taman Mas di sini, tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, mangsa berusia 42 tahun dikatakan terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri sebelum tersangkut di beranda tingkat tujuh pangsapuri sama.

Jurucakap bomba dan penyelamat Cyberjaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.19 pagi membabitkan mangsa yang terjatuh dari sebuah pangsapuri.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya menemui seorang wanita dalam keadaan terbaring kesakitan di bahagian beranda tingkat tujuh pangsapuri berkenaan.

"Mangsa dikatakan mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2023 @ 8:03 PM