MANGSA maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri Kampung Aman, Seri Kembangan, semalam.
MANGSA maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri Kampung Aman, Seri Kembangan, semalam.

Serdang: Tidak dapat menanggung tekanan emosi di tempat kerja dipercayai menjadi punca seorang wanita terjun dari tingkat 10 sebuah pangsapuri.

Dalam kejadian jam 8.35 pagi semalam, mangsa berusia 21 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di bawah pangsapuri Kampung Aman, Seri Kembangan.

Mangsa dikatakan sempat meninggalkan tiga nota kepada ahli keluarga bagi mendedahkan tekanan perasaan dialami selain meminta maaf atas tindakannya itu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya dimaklumkan orang awam berhubung penemuan mayat mangsa beberapa minit selepas kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 7:16 AM