TAN Sri Razarudin Husain. FOTO Arkib NSTP
TAN Sri Razarudin Husain. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 37 laporan polis berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara setakat 2 petang hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia membabitkan 28 sekolah antarabangsa, tujuh sekolah swasta dan dua sekolah kerajaan.

Beliau berkata Selangor adalah negeri tertinggi iaitu sebanyak 15 laporan polis, diikuti Kuala Lumpur sebanyak enam, Johor (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (dua), Negeri Sembilan (dua), Kedah (satu), Sarawak (satu) dan Sabah (satu).

"Susulan itu, PDRM membuka sembilan kertas siasatan berhubung kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Razarudin memaklumkan PDRM telah menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Ancaman berkenaan dihantar menerusi dua akaun emel menggunakan nama 'taktstorer' yang bermaksud 'pengganggu ketenteraman' dalam bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2023 @ 6:55 PM