SETIU 15 NOVEMBER 2023 Pemandu jengkaut maut, Azman A Wahab, 44selepas dihempap jentera berat sendiri, di di Jalan Kolam Udang Kampung Nyatoh, Setiu, semalam..-Ihsan keluarga mangsa
SETIU 15 NOVEMBER 2023 Pemandu jengkaut maut, Azman A Wahab, 44selepas dihempap jentera berat sendiri, di di Jalan Kolam Udang Kampung Nyatoh, Setiu, semalam..-Ihsan keluarga mangsa
Nurul Fatihah Sulaini


Permaisuri: "Kali terakhir saya jumpa arwah tiga hari lalu namun dia lebih banyak berdiam diri berbanding hari biasa," kata Siti Zaharah A Wahab, 29.

Siti Zaharah adalah adik kepada Azman A Wahab, 44, pemandu jengkaut yang maut selepas dihempap jentera berat sendiri di Jalan Kolam Udang Kampung Nyatoh, Setiu, kira-kira 3 petang semalam.

Zaharah berkata, arwah meninggalkan seorang balu serta anak perempuan, 8, dan anak lelaki berumur satu tahun setengah.

Katanya, arwah abangnya adalah anak kedua daripada 11 adik-beradik dan bekerja sebagai pemandu jengkaut lebih daripada 10 tahun.

"Arwah abang seorang yang suka bergurau dengan sesiapa sahaja termasuk adik-beradik namun minggu ini dia lebih pendiam berbanding biasa.

"Rumah kami di Kampung Din Maras, Batu Rakit berdekatan dan sempat melihatnya berada di hadapan rumahnya beberapa hari lalu.

"Jika diikutkan arwah akan mengikut arahan majikannya untuk bekerja di merata tempat tetapi baru sahaja memulakan kerjanya di daerah Setiu pada bulan ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kebiasaannya arwah akan berulang-alik dari tempat kerja ke rumah kerana jarak antara Kampung Nyatoh, Setiu dengan Batu Rakit tidak jauh.

"Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir, Maras, Batu Rakit kira-kira jam 1 pagi tadi," katanya.

Kemalangan dipercayai berlaku semasa jengkaut dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian rantai.

Mangsa meminta tolong rakannya untuk memandu sementara dia turunmelihat kerosakan jentera berkenaan.

Bagaimanapun tiba-tiba jengkaut itu mengalami kebocoran paip hidraulik lalu lengan jentera berat itu menghempap mangsa yang berada di hadapan kenderaan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2023 @ 12:24 PM