KEADAAN tapir yang dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di kawasan Puncak Alam.
KEADAAN tapir yang dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di kawasan Puncak Alam.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


Shah Alam: Sebanyak empat Tapir atau nama saintifiknya Tapiridae direkodkan 'hilang nyawa' akibat dirempuh kenderaan yang melalui kawasan Puncak Alam di sini, sejak lebih lima tahun lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, tabiat hidupan liar itu yang aktif di waktu malam dan bergerak dari satu lokasi hutan ke lokasi hutan lain menyebabkan Tapir menjadi punca nahas jalan raya ketika

haiwan ini melintas jalan.

Terbaru awal pagi kelmarin, seekor Tapir jantan seberat lebih 300 kilogram ditemui mati akibat dirempuh kenderaan berhampiran Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam di sini.

Menurutnya, anggota Pejabat Perhilitan Negeri Selangor yang menerima maklumat kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui seekor tapir terbaring di bahu jalan.

"Tapir itu dipercayai dirempuh kereta yang menghala ke Saujana Utama. Anggota Perhilitan Negeri Selangor menerima bantuan tujuh anggota Bomba Sukarela Saujana Utama bagi mengalih bangkai Tapir itu selain mengawal aliran trafik jalan raya.

"Bangkai Tapir itu kemudian dibawa ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat," katanya. Menurutnya, Jabatan Perhilitan menyeru pengguna supaya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan apabila melalui jalan Persiaran Mokhtar Dahari ke Saujana Utama di sini.

"Berdasarkan pemantauan dilakukan, kawasan itu menjadi `hotspot' lintasan hidupan liar termasuk Tapir terutamanya pada waktu malam dan awal pagi.

"Sejak tahun 2018, sebanyak empat ekor Tapir dilaporkan mati akibat dirempuh kenderaan di kawasan sama," katanya

caption

Pix 1: TAPIR jantan seberat 300 kg yang mati akibat dirempuh kereta di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2023 @ 4:47 PM