Tapir yang ditemui mati di tepi jalan berhampiran Kampung Labohan, Kerteh, dekat Chukai. FOTO Rosli Ilham
Tapir yang ditemui mati di tepi jalan berhampiran Kampung Labohan, Kerteh, dekat Chukai. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham dan Ahmad Rabiul Zulkifli

Chukai: Seekor tapir ditemui mati di tepi jalan Kampung Labohan, Kerteh, berdekatan jalan masuk ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Haiwan liar dianggarkan seberat 100 kilogram itu dipercayai dirempuh kenderaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di permukaan jalan berdekatan bangkai berkenaan.

Seorang pengguna jalan, Hasuni Sudin, 54, berkata, dia terkejut apabila ternampak objek hitam putih di tepi jalan sebelum mendapati ia seekor tapir.

"Hasil pemerhatian saya, tapir itu sudah mati dan dipercayai dirempuh kenderaan berikutan kesan darah dan kesan cermin kenderaan pecah bertaburan berdekat bangkai haiwan itu.

"Saya sudah lama menggunakan laluan ini namun ini pengalaman pertama saya menemui tapir yang mati dilanggar," katanya.

Difahamkan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil bangkai itu di lokasi kejadian kira-kira jam 11.15 pagi untuk tindakan lanjut.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2017 @ 6:38 PM