Atta dan Aurel bersama dua anaknya
Atta dan Aurel bersama dua anaknya
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Selebriti media sosial Indonesia, Atta Halilintar mengakui masih memperbaiki diri bagi menjadi bapa yang terbaik buat dua cahaya matanya, Ameena Hanna Nur Atta dan Azura Humaira Nur Atta.

Jelas Atta, dia mengakui bukan mudah menggalas tanggungjawab berkenaan apatah lagi pada usianya yang masih muda.

"Saya sangat senang (gembira) adanya Ameena dan Azura. Ramai yang bercakap mengenai mereka di Malaysia dan Indonesia. Saya masih banyak perlu belajar untuk menjaga anak perempuan.

"Sebab anak perempuan ini tanggungjawab atas ayahnya sampai bernikah nanti. Memang saya tengah belajar jadi bapa yang baik untuk mereka berdua.

"Memang bukan mudah, sebab saya pun masih 29 tahun… masih bapa muda la. Jadi, saya akan terus belajar menjadi yang terbaik," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu kolabarasi pertamanya dengan penyanyi rap Malaysia Kidd Santhe dan Saixse berjudul Mantap Cuy semalam.

Berkongsi mengenai keterbukaan memuat naik video anak-anaknya di media sosial, menantu kepada Kris Dayanti itu bersyukur ramai mendoakan kesejahteraan puterinya.

"Ameena ini dari lahir lagi, nenek-nenek dan atok dia terkenal di Indonesia, jadi gambar dan video dia banyak dirakam.

"Selagi orang mendoakan, dan suka dengan Ameena… kalau dulu posting di laman sosial orang bertanyakan tentang saya, sekarang setiap posting saya orang bertanya mana Ameena.

"Orang mencari Ameena… memang Ameena mempunyai aura sendiri di Indonesia. Dia menjadi baby yang paling banyak orang doakan dan sayang la," katanya.

Atta mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aurel Hermansyah pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 1:24 PM