Sambut Aidilfitri kali ini lebih dekat dan kekal berhubung pada bila-bila masa dan di mana sahaja. - FOTO Celcom
Sambut Aidilfitri kali ini lebih dekat dan kekal berhubung pada bila-bila masa dan di mana sahaja. - FOTO Celcom
Hanis Aliaa Hidzir

SELEPAS dua tahun rakyat negara ini tidak dapat pulang ke kampung menyambut Aidilfitri akibat pandemik Covid-19, sudah pasti lembaran kali ini disambut meriah bersama ahli keluarga dan sanak saudara.

Memahami semangat berkenaan, Celcom membawakan tema Ceria Raya dengan menawarkan promosi lebih penjimatan dan ganjaran hebat buat seisi keluarga sepanjang Aidilfitri.

Lebih penjimatan untuk seisi keluarga

Pakej Keluarga Celcom MEGA™ merupakan satu-satunya pelan yang menawarkan sehingga enam talian tambahan dengan internet tanpa had pada harga RM40 sebulan bagi setiap talian.

Lebih menarik, pelanggan boleh mendapatkan telefon pintar 5G atau gandingkan peranti pilihan mereka untuk seisi keluarga secara percuma dengan hanya menambah talian keluarga dan nikmati penjimatan sehingga RM1,999.

Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan tawaran 'Beli 1 Percuma 1', pengguna hanya membayar dua talian keluarga dengan internet tanpa had pada harga satu talian sahaja.

Pengguna juga boleh menonton kandungan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui Viu atau iQiYi dengan akses premium secara percuma menerusi Video Walla™ Plus.

Bagi melengkapkan sambungan di rumah, pelanggan boleh menambah Celcom Home Fiber untuk internet rumah yang pantas dengan penjimatan seumur hidup sebanyak RM21 sebulan.

Ganjaran eksklusif sempena lebaran

Image

Celcom turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif sempena Aidilfitri termasuk potongan dan pulangan tunai di Zalora, diskaun di foodpanda, e-baucar dari Petronas, pulangan tunai dengan ShopBack serta baucar kombo Texas Chicken.

Semua ganjaran hebat ini boleh ditebus dengan mudah di aplikasi Celcom Life yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

Ceria raya dengan pelan Keluarga Celcom MEGA™

Image

Buat mereka yang ingin bertukar ke pelan Keluarga Celcom MEGA™, kunjungi Celcom bluecube berdekatan atau ikuti langkah mudah ini untuk segera mendaftar secara dalam talian.

  1. Layari celcom.com.my.
  2. Pergi ke tab 'Product' dan pilih 'Postpaid'.
  3. Kemudian, klik 'Celcom MEGA™' dan terokai pelan-pelan yang tersedia.
  4. Pilih pelan Keluarga Celcom MEGA™, klik 'Buy Now' dan isi butiran yang diperlukan.

Pelanggan juga boleh memilih menggunakan pelan 'Lightning' atau 'Unlimited' selain mempunyai kelebihan untuk kekal menggunakan nombor telefon sedia ada atau bertukar kepada nombor baharu.

Tidak terhenti di situ, pelanggan juga akan menikmati rebat berganda bernilai sehingga RM480 sekiranya mendaftar segera secara dalam talian sempena musim perayaan ini.

Image

Kesemua tawaran ini hanya sah di kedai dalam talian Celcom bermula 15 April hingga 30 Jun 2022.

Sambutan lebaran anda seisi keluarga pastinya lebih meriah, lebih penjimatan serta lebih ganjaran dengan pelan Keluarga Celcom MEGA™.

Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2022 @ 12:51 PM