Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan barang rampasan membabitan kes scammer pada Sidang Media Pengarah JSJK di lMenara KPJ Jalan Tun Razak. FOTO ASWADI ALIAS
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan barang rampasan membabitan kes scammer pada Sidang Media Pengarah JSJK di lMenara KPJ Jalan Tun Razak. FOTO ASWADI ALIAS
Muhaamad Hafis Nawawi dan Suharmin Yusuf


Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dengan kerjasama pihak Autralian Federal Police (AFP) menumpaskan sindiket penipuan Business Email Compromise (BEC) melalui Operasi Kedasih.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata, sebelum ini pihaknya menerima maklumat daripada AFP yang melaporkan terdapat sebuah syarikat di Australia mengalami kerugian disebabkan sindiket ini.

"Pihak JSJK mengesan sindiket penipuan BEC inimenjalankan operasi mereka di Malaysia.

"Berdasarkan maklumat AFP, terdapat syarikat di Australia mengalami kerugian berjumlah AUD134,576.00 (RM403,864.24) selepas berurusan melalui transaksi bank, kad kredit, nombor telefon dan alamat yang dikaitkan dengan Malaysia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ramli, berkata, pihaknya melakukan serbuan dan tangkapan pada 23 Oktober lalu di lima premis sekitar Kuala Lumpur.

"Hasil serbuan, enam lelaki warga asing dan dua wanita warga tempatan berusia lingkungan 24 hingga 39 tahun berjaya ditahan.

"Turut dirampas adalah enam komputer riba, 13 telefon bimbit, tiga pasport, tiga modem, dua set anak kunci, dua kad ATM dan dua kereta," katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata, pemeriksaan terhadap barang kes yang dirampas turut mendapati sindiket ini mempunyai kaitan dengan kes penipuan love scam yang menyasarkan mangsa dari dalam dan luar negara.

"Siasatan berkaitan pembabitan sindiket ini dengan kes love scam yang dilaporkan.

"Enam lelaki warga asing sedang menjalani tahan reman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen 1959 manakala dua wanita warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)C Akta Imigresen 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2023 @ 6:05 PM