Anggota bomba menjalankan operasi mencari lelaki yang lemas di lombong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, malam tadi. FOTO Ihsan bomba
Anggota bomba menjalankan operasi mencari lelaki yang lemas di lombong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, malam tadi. FOTO Ihsan bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Lelaki ditemui lemas di lombong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 11:26 pagi seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Mohd Haikal Md Kasri berkata pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dengan kekuatan 16 orang anggota ke lokasi kejadian pada jam 11.35 malam.

Menurutnya, laporan awal daripada orang awam terdapat seorang lelaki dewasa berusia lingkungan 20-an dipercayai lemas.

"Seterusnya operasi siasatan dan pencarian dijalankan bermula di sekitar tebing kawasan lombong.

"Terdapat penemuan barang peribadi mangsa anggaran 10 meter dari tebing.

"Mangsa berjaya dijumpai oleh anggota jam 1.33 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2023 @ 7:54 AM