Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di lombong tadahan air di Kampung Sisik Tanjung Resang. FOTO Ihsan Bomba
Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di lombong tadahan air di Kampung Sisik Tanjung Resang. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Amanina Suhaini


Mersing: Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di lombong tadahan air di Kampung Sisik Tanjung Resang, di sini, petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.16 petang sebelum menggerakkan lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, bomba bertindak mencari di permukaan sekitar lombong dan operasi pencarian turut dibantu bapa kepada kedua-dua mangsa.

Katanya, kanak-kanak lelaki, Wilton Callos, 4, dan kanak-kanak perempuan, Medical Micaella, 10, ditemukan oleh seorang daripada bapa mereka pada jarak kira-kira 1.22 meter dari tebing.

"Bomba kemudiannya memberi rawatan awal dengan melakukan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR), namun kanak-kanak itu tidak memberi maklum balas.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Mersing dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik tentera dan operasi ditamatkan 7.28 malam tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 12:04 AM