LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Tempoh reman seorang wanita dan teman lelakinya bagi membantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki di dalam tandas sebuah hospital di sini pada 14 Oktober lalu, dilanjutkan sehingga 3 November ini.

Perintah lanjutkan reman dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Inspektor Marcus Ambrose Nambu, pagi ini.

Kedua-dua suspek sebelum ini, masing-masing direman tujuh hari bermula 20 Oktober lalu dan tempoh reman tamat hari ini.

Pada 15 Oktober lalu, media melaporkan mayat bayi lelaki ditemui di dalam pam tandas sebuah hospital dengan keadaan mulut disumbat dengan tisu.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui seorang pekerja pembersihan yang bertugas di hospital berkenaan kira-kira 7.10 pagi ketika sedang membuat kerja pembersihan di dalam dalam tandas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2023 @ 11:07 AM