IHSAN Tentera Udara Diraja Malaysia
IHSAN Tentera Udara Diraja Malaysia
Junaidi Ladjana


PESAWAT C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan, Labuan, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden 5.15 petang.

TUDM dalam satu kenyataan, berkata pesawat itu membuat pendaratan cemas selepas menghadapi masalah kekaki pesawat ‘landing gear’ menyebabkannya tidak dapat mendarat secara normal.

“Pesawat itu membuat pendaratan cemas tanpa tayar selepas enam jam berlegar untuk membakar minyak di udara.

“Juruterbang dan semua anak kapal tidak mengalami sebarang sebarang kecederaan dan landasan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2017 @ 6:53 PM