EBIT Lew. FOTO NSTP.
EBIT Lew. FOTO NSTP.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Dua kertas siasatan berhubung dakwaan rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu sedang dalam tindakan lanjut.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pendakwah tersebut.

Ebit Lew juga membuat laporan polis berhubung dakwaan itu yang dikatakan memfitnahnya serta menafikan kes berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2023 @ 6:17 PM