Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2023 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.
Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2023 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.
BERNAMA

Putrajaya: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2023 akan dikeluarkan 12 Oktober ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, seramai 8,586 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2023 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.

Semakan juga boleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

KPM berkata, sistem itu akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 12 Oktober sehingga 6 petang pada 18 Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2023 @ 9:55 AM