Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin hadir Majlis Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin hadir Majlis Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Sebanyak 39 klinik kesihatan yang dinaik taraf di negeri ini dijangka beroperasi sepenuhnya bulan depan.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, projek naik taraf kesemua klinik berkenaan membabitkan peruntukan sebanyak RM9.4 juta.

"Untuk projek naik taraf membabitkan 39 klinik kesihatan dijangka beroperasi sepenuhnya bulan depan membabitkan peruntukan sebanyak RM9.4 juta.

"Jabatan Kesihatan Negeri kini sedang membuat permohonan baharu bagi membaik pulih beberapa klinik daif lain untuk tahun depan.

"Sebagaimana pengumuman Perdana Menteri semalam, kita akan menyenaraikan klinik yang daif termasuk klinik pergigian. Kita sangat menghargai dan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ, di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan.

Kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2023 @ 1:56 PM