Seberang Jaya: Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, dinaik taraf dengan kos dianggarkan RM400 juta.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek naik taraf itu membabitkan pembinaan blok pelbagai tingkat di hospital berkenaan yang dijangka bermula tahun ini.

“Blok baru itu akan menawarkan perkhidmatan pelbagai disiplin.

“Dengan kepadatan penduduk di daerah Seberang Perai Tengah pembinaan blok itu amat diperlukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Projek Naik Taraf HSJ di sini tengah hari tadi.

Menurut Muhyiddin, sebanyak 13 projek baru dan sambungan diluluskan untuk Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Katanya, semua projek itu diluluskan dengan peruntukan pembangunan besar dalam tempoh lima tahun mulai 2011 hingga 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2015 @ 1:18 PM