Penduduk dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membersihkan rumah yang dimasuki air akibat kejadian banjir yang berlaku di Kampung Chinggong,malam kemalrin. FOTO IHSAN APM
Penduduk dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membersihkan rumah yang dimasuki air akibat kejadian banjir yang berlaku di Kampung Chinggong,malam kemalrin. FOTO IHSAN APM
Oleh Rosman Shamsudin


Tanjung Malim: Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Chinggong yang menempatkan seramai 474 mangsa banjir sejak malam kelmarin ditutup 10 pagi ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, penutupan PPS terbabit selepas pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muallim membuat penilaian keadaan cuaca dan risiko semasa.

Katanya, mangsa banjir dibenarkan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing sambil dibantu oleh agensi yang terbabit.

Ketika dihubungi, Shahrizal berkata, APM bersama agensi terbabit akan terus membuat pemantauan secara berkala di kawasan Sungai Behrang terutama jika hujan berterusan kembali melanda di kawasan setempat dan hulu.

Sehubungan dengan itu, katanya, penduduk kampung perlu peka dengan perubahan cuaca semasa dan sentiasa bersedia sekiranya banjir kilat berlaku kembali.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2023 @ 10:39 AM