PENDUDUK terpkasa dipindah ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Chinggong  selepas kejadian banjir kilat melanda. FOTO Ihsan APM
PENDUDUK terpkasa dipindah ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Chinggong selepas kejadian banjir kilat melanda. FOTO Ihsan APM
Rosman Shamsudin


Tanjung Malim: Seramai 433 penduduk Kampung Chinggong, di sini, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir kilat, malam ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muallim berkata, hujan lebat kira-kira dua jam lewat petang menyebabkan Sungai Behrang melimpah.

Katanya, limpahan air dari sungai berkenaan memasuki kawasan kampung yang dianggarkan mempunyai 56 rumah.

"Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) menerima panggilan daripada ketua kampung dan tiga anggota ke lokasi bagi membuat pemantauan dan penilaian risiko.

"Sebaik tiba didapati air di perkarangan rumah penduduk sudah surut dan jalan boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, walaupun air sudah surut tetapi penduduk terpaksa dipindahkan ke dewan orang ramai kampung berkenaan kerana keadaan rumah yang rosak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2023 @ 11:00 PM