Keadaan kereta dinaiki kedua mangsa sejurus bertembung dengan lori sarat muatan tong gas di Simpang Sungai Arip Jalan Sibu-Tatau petang tadi. FOTO Ihsan Bomba
Keadaan kereta dinaiki kedua mangsa sejurus bertembung dengan lori sarat muatan tong gas di Simpang Sungai Arip Jalan Sibu-Tatau petang tadi. FOTO Ihsan Bomba
Erika George


Tatau: Dua maut selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka bertembung dengan lori treler 40 tan yang sarat dengan muatan tong gas di kawasan Simpang Sungai arip Jalan Sibu-Tatau di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat dalam kenyataannya hari ini mengesahkan Maxmilon Joseph, 25, (pemandu) dan Jeffery Belimi, 35, maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Namun menurutnya, pemandu dan kelindan lori treler terbabit tidak mengalami kecederaan.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa tersepit sejurus menerima panggilan pada jam 4.05 petang.

"Kedua-dua mangsa tersepit pada bahagian kerusi hadapan dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mukah untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2023 @ 11:09 PM