GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Skuad Khas HM


Kuala Lumpur: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita hampir 500 kotak besar rokok seludup pelbagai jenama dalam satu serbuan di sebuah premis di Balakong, minggu lalu.

Semua rokok seludup berkenaan termasuk cukai dianggarkan lebih RM5 juta.

Rampasan itu hasil maklumat dan intipan pegawai dan anggota, selama beberapa hari.

Menurut sumber, semua rokok berkenaan ditemukan di dalam lori bertutup yang dipercayai sedang siap untuk diedarkan di Lembah Klang.

Katanya, ini adalah serbuan terbesar kali kedua dilakukan Kastam, dalam bulan ini.

"Operasi penyeludup ini sentiasa berubah-ubah dan kami sedang memantau serta melakukan serbuan," katanya.

Dalam serbuan pertama awal bulan ini, sejumlah 300 kotak besar pelbagai jenama rokok seludup dianggarkan berjumlah RM3.2 juta dirampas di sebuah premis di Kepong.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang-barang tidak berkastam, atau barang-barang larangan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2023 @ 10:21 AM