LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu masih belum menerima aduan membabitkan kejadian remaja diserang beruang di kebun durian di Kampung Lerek, Hulu Terengganu.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, bagaimanapun kakitangan Perhilitan sedang menjalankan siasatan lanjut membabitkan kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya menjalankan siasatan berdasarkan berita yang tersebar dan mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, buat masa ini pihaknya belum menerima apa-apa aduan lagi daripada mangsa.

"Kita sudah meminta kakitangan menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, remaja berdepan detik cemas apabila diserang seekor beruang ketika berjalan di kebun milik bapanya.

Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, Al Amin Ratna Shariman Alias, 18, menerima beberapa jahitan di kepala.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2023 @ 6:09 PM