LAPORAN terdahulu
LAPORAN terdahulu
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Penganggur ditahan, disyaki terbabit perbuatan khianat ke atas pejabat Pas di Jalan Raja Laut, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 30-an yang mempunyai 16 rekod kesalahan lampau itu ditahan di sekitar Chow Kit semalam.

"Suspek mempunyai sembilan rekod kesalahan melibatkan dadah dan tujuh rekod jenayah.

"Suspek yang juga lelaki tempatan itu ditahan kira-kira 10 malam," katanya, di sini, hari ini.

Difahamkan, permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan khianat.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang lelaki membuat kecoh dan membaling batu sehingga pintu cermin Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut di sini, pecah.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, lelaki yang menaiki motosikal bertindak membaling batu ke arah premis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2023 @ 8:34 AM