MUHAMMAD Sanusi pada Majlis Penamaan Calon N24 Jeneri di Pejabat Daerah dan Tanah Sik. FOTO Syaharim Abidin
MUHAMMAD Sanusi pada Majlis Penamaan Calon N24 Jeneri di Pejabat Daerah dan Tanah Sik. FOTO Syaharim Abidin
Noorazura Abdul Rahman

Sik: Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin Perikatan Nasional (PN) akan memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeneri dan Belantek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Bagaimanapun, penyandang dan calon Dun Jeneri itu berkata, dalam pilihan raya segala kemungkinan boleh berlaku, justeru beliau berharap rakyat akan memberi undi kepada PN.

"Alhamdulillah, proses penamaan calon hari ini berjalan dengan baik, kita ada beberapa tokoh 'heavyweight' dan pendatang baru yang ada 'wow factor'.

"Kita ada dua orang profesor dan juga dua pemain bola sepak, ia pun memberi kelebihan juga untuk orang muda. Selain itu kita ada tokoh-tokoh lama," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, beliau turut akan mempertaruhkan prestasinya selama tiga tahun menjadi Menteri Besar.

"Saya rasa rakyat Kedah sudah maklum, saya rasa tak sukar sangatlah, cuma hendak bertemu mata dengan pengundi sebelum hari mengundi. Selepas itu, kita ada manifesto untuk Kedah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 4:56 PM