KEADAAN aliran trafik sesak berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidiladha pada hari esok ketika tinjauan di Plaza Tol Gombak, Gombak. FOTO AIZUDDIN SAAD
KEADAAN aliran trafik sesak berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidiladha pada hari esok ketika tinjauan di Plaza Tol Gombak, Gombak. FOTO AIZUDDIN SAAD
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak berikutan orang ramai mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha esok.

Jurucakap PLUS Trafik memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), trafik sesak dari Pedas Linggi menuju Simpang Ampat.

"Trafik juga dilaporkan sesak dari arah utara dari Skudai menuju ke Kulai," katanya ketika dihubungi malam ini.

Selain itu, aliran trafik perlahan arah selatan dari Bandar Ainsdale menuju Hentian Sebelah Senawang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik Lebuhraya KL-Karak menuju ke pantai timur juga perlahan.

"Trafik juga perlahan sebelum Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah ke Bentong," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2023 @ 11:54 PM