Mayat dihantar ke Hospital Serdang.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Serdang: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah IOI Puchong,di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.09 pagi membabitkan seorang lelaki tempatan.

"Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia jam 1.15 petang. Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan patah tulang rusuk di bahagian hadapan dan patah tulang belakang dipercayai jatuh dari tempat tinggi.

"Semakan kamera litar tertutup mendapati mangsa melihat keadaan sekitar terlebih dulu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Serdang, di sini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2023 @ 5:51 PM