BOMBA memadam kebakaran kilang percetakan di Taman Industri Selaman, Bangi. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA memadam kebakaran kilang percetakan di Taman Industri Selaman, Bangi. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Bangi: Dua pekerja warga Bangladesh maut, manakala empat lagi terselamat dalam kebakaran kilang percetakan di Taman Industri Selaman, Bangi di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Selangor menerima panggilan kebakaran itu pada 4.14 pagi.

Menurutnya, seramai 23 anggota dan 13 pegawai bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Bangi, BBP Kajang, BBP Semenyih dan BBP Serdang ke lokasi kejadian untuk tindakan pemadaman dan penyelamatan.

"Kebakaran membabitkan sebuah kilang percetakan.

"Pemadaman dilakukan secara offensive fire fighting iaitu pemadaman secara terus ke dalam bangunan oleh anggota bomba. Kebakaran membabitkan kertas kitar semula yang terdapat di dalam bangunan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Md Razali berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 4.48 pagi dan dipadamkan sepenuhnya dua minit kemudian.

"Terdapat enam mangsa warga Bangladesh yang terperangkap diselamatkan oleh pihak bomba.

"Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap disebabkan kawasan kilang yang tiada ruang pengudaraan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2023 @ 8:13 AM