ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta Proton Persona di Bandar Rawang 1, Rawang, hari ini. FOTO ihsan bomba.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta Proton Persona di Bandar Rawang 1, Rawang, hari ini. FOTO ihsan bomba.
Muhaamad Hafis Nawawi


KEPULAN asap hitam di udara menjadi tumpuan orang ramai apabila kereta Proton Persona terbakar 80 peratus di Bandar Rawang 1, Rawang, hari ini.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu menghubungi pihak bomba bagi memadamkan kebakaran terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.54 petang dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Menurutnya, seorang pegawai dan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, sebuah kereta didapati terbakar dan operasi memadam kebakaran dijalankan.

"Pemadaman menggunakan dua aliran 'hosereel' seterusnya anggota operasi menggunakan konsep receo bagi memastikan tiada lagi bahaya," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe memaklumkan pemilik kenderaan terbabit masih belum tampil membuat laporan polis dan punca kebakaran masih belum diketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2020 @ 9:31 PM