GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Bagi memudahkan penyertaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha, EZ Qurban buat julung kalinya bekerjasama dengan perbankan Islam terbesar, Maybank Islamic dalam kempen tahun ini.

Selain mengambil keberkatan meraikan dan menginsafi pengertian sebenar di sebalik ibadah korban, program kerjasama antara peneraju perkhidmatan korban dan akikah EZ Qurban dan Maybank Islamic dilihat dapat memberi impak dalam menyebar luas lagi kesedaran mengenai kepentingan ibadah korban.

Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban, Ahmad Fadzlullah Hasanuddin amat berbesar hati dapat berganding bahu bersama rakan strategik yang baru.

Menurut Ahmad Fadzlullah, usaha itu juga memudahkan penyertaan ibadah korban melalui platform dalam talian Maybank Islamic.

"Hari ini secara rasmi EZ Qurban dan Maybank Islamic memeterai kerjasama strategik dalam kempen korban 2023 dengan slogan 'Korban Tanpa Sempadan Bersama Maybank Islamic'

"Kami di EZ Qurban sangat terharu dan teruja dengan jalinan kerjasama strategik bersama Maybank Islamic yang membolehkan kempen korban tahun ini berjalan dengan lebih rancak.

"Sepanjang pengalaman menguruskan ibadah korban selama 16 tahun, ia adalah detik yang sangat bermakna bila mana sebuah institusi perbankan Islam yang besar ingin berganding bahu bagi memudahkan penyertaan ibadah korban," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Fadzlullah,EZ Qurban mensasarkan pengagihan minima sebanyak 1,100 tan metrik daging korban kepada lebih satu juta keluarga Islam khususnya buat golongan yang memerlukan.

"EZ Qurban melaksanakan ibadah korban di lebih 40 buah negara termasuk di dalam Malaysia.

"Penyertaan ibadah korban dibuka sehingga 30 Jun depan," katanya

Orang ramai yang ingin menyertai ibadah korban itu boleh melayari laman web http://www.ezqurban.org/maybank untuk nikmati potongan baucar sebanyak RM40 bagi setiap penyertaan korban namun ia tertaklul kepada terma dan syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2023 @ 2:14 PM