PROSES penghantaran pulang PATI warga Filipina melalui Pelabuhan Sandakan, semalam. FOTO ihsan Jabatan Imigresen
PROSES penghantaran pulang PATI warga Filipina melalui Pelabuhan Sandakan, semalam. FOTO ihsan Jabatan Imigresen
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 4,060 pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada depot tahanan di negeri ini ke negara asal mereka, sehingga 9 Jun 2023.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussoff berkata, mereka dihantar menerusi pengangkutan laut dan udara.

"Ini termasuk semalam, 52 PATI warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 13, melalui Pelabuhan Sandakan.

"Tahanan PATI terbabit hanyalah tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Papar, Kota Kinabalu dan hanya seorang dari Depot Imigresen Tawau.

"Semua tahanan itu diusir melalui laut menggunakan Feri MV Antonia 1," katanya dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2023 @ 11:54 AM