Muhamad Lokman Khairi


Bagan Datuk: Jabatan Kerja Raya (JKR) menyangkal dakwaan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop mempunyai rekahan disebabkan menggunakan bahan murahan.

JKR dalam kenyataan yang diakui Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut memaklumkan tiada rekahan pada jambatan itu sebaliknya, sambungan yang direka bentuk bagi proses pengembangan dan penguncupan konkrit.

Katanya, pada waktu video direkodkan, bahan untuk mengisi sambungan itu belum lagi dipasang.

"Ingin dijelaskan bahawa gambar-gambar yang dipaparkan di dalam video tersebut adalah bukan di bawah seliaan pihak JKR Malaysia.

"Kerjasama daripada semua pihak adalah amat diharapkan ke arah memastikan aset infrastruktur negara dapat diuruskan dengan optimum dan JKR terbuka untuk bekerjasama, menyalurkan maklumat yang te[at dan sahih kepada rakyat Malaysia," katanya.

REKAHAN yang didakwa dalam video tular di Jambatan Bagan Datuk-Sejagop. FOTO Muhamad Lokman Khairi.
REKAHAN yang didakwa dalam video tular di Jambatan Bagan Datuk-Sejagop. FOTO Muhamad Lokman Khairi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2023 @ 6:50 PM