ANGGOTA bomba berjaya menangkap ular tedung yang memasuki rumah penduduk di Kampung Sungai Suloh pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM.
ANGGOTA bomba berjaya menangkap ular tedung yang memasuki rumah penduduk di Kampung Sungai Suloh pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM.
Ali Iqbal


Batu Pahat: Sebuah keluarga nyaris dipatuk ular tedung selepas reptilia itu memasuki rumahnya di Kampung Sungai Suloh, di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Mirul Mistor berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.30 pagi mengenai kehadiran reptilia sepanjang lebih dua meter.

Katanya, seramai enam anggota kemudian digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

"Pemilik rumah menemui ular itu di dapur sebelum menghubungi bomba. Apabila kami tiba, ular itu melarikan diri ke stor berdekatan.

"Ular itu berjaya ditangkap sebelum dilepaskan ke kawasan jauh dari orang awam," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2023 @ 4:20 PM