ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap ular tedung di rumah, di Taman T&G, Kota Marudu. FOTO Recqueal Raimi
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap ular tedung di rumah, di Taman T&G, Kota Marudu. FOTO Recqueal Raimi
Recqueal Raimi


GURU nyaris dipatuk ular tedung ketika mengemas belakang rumahnya di Taman T&G, Kota Marudu, semalam.

Dalam kejadian 10 pagi itu, Husain Mat Zan, 29, sempat mengelak selepas menyedari kehadiran ular berkenaan yang bersembunyi dalam kotak kasut.

"Ular itu bertindak agresif dengan cuba mematuk, tetapi saya sempat mengelak sebelum menjauhkan diri dan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.

"Ini kejadian pertama membabitkan penemuan ular di rumah saya dan kemungkinan besar ia sudah berada lama di belakang rumah. Walaupun ia bersaiz kecil tetapi agresif," katanya kepada NSTP.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Kota Marudu, Farith @ Dickson Piransang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.10 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

"Reptilia sepanjang satu meter itu ditemui di belakang rumah pengadu sebelum ditangkap menggunakan pencangkuk dan penyepit. Operasi ditamatkan pada jam 10.35 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Jun 2018 @ 12:32 PM